Dalam pendekatan ini, sebuah kisi pertama dibina, saiz disesuaikan dengan angka yang didarabkan. Gambarkan di atas adalah untukpendaraban 469 X 37
Sebelum darab sebenarnya boleh bermula, garis harus ditarik menyerong (lihat rajah), membahagi dua setiap kotak.
Pendaraban melibatkan tiga langkah utama iaitu mendarab, membawa dan tambah. Sekarang kita mengira hasil darab untuk setiap kotak.
Kotak di barisan pertama atas akan melakukan aktiviti pendaraban 9 X 3, 6 X 3 dan 4 X 3.
Masukkan hasil jawapan ke dalam kotak yang telah dibahagi dua secara menyerong. Sekiranya hasil darab kurang daripada 10, maka nombor sifar (0) akan di masukkan terlebih dahulu diikuti nombor
jawapan.
jawapan.
Sekarang kita siap untuk mengira nombor dari hasil darab. Dimulai di bahagian bawah penjuru kanan bawah sel (3)- warna pink. Nombor ini dihalang oleh sudut kisi dan menyerong pertama.
Kerana ini adalah satu-satunya nombor di bawah ini menyerong,
bilangan pertama adalah 3. Jumlah ditempatkan disepanjang bahagian bawah kisi di bawah lajur paling kanan.Selanjutnya kita menjumlahkan nombor menyerong dahulu (warna biru) dan seterusnya yang lebih menyerong(warna jingga, hijau dan kuning).
2 + 6 + 7 = 15.
5 di tempatkan tepat di bawah bahagian bawah kisi dan membawa 1 kepada jumlah menyerong kumpulan sebelah kiri.
Tambahkan setiap nombor yang berada pada garisan menyerong. Produk akhir adalah terdiri daripada nombor di luar kisi yang dikira. Kita membaca nombor di sisi kiri dan kemudian ke arah kanan di bawah untuk menghasilkan jawapan akhir:17353.
No comments:
Post a Comment